Search This Blog

Thursday, September 23, 2010

Kenapa Insurans / Takaful Penting?

Secara amnya , ramai orang masih belum sedari kepentingan insurans atau takaful bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang. Mereka sering berkata “Apa penting nye insurans ni? Ahhhh semua insurans ni penipu…
Bila time nak masuk, ramailah agent-agent yang bermulut manis, bile time nak claim semua lari.”

Dan paling menyedihkan lagi sampai ada yang mengatakan … “Ah insurans ni bukannya boleh bawak mati… kalau dapat pampasan pun bukannya aku yang terima… tak nak lah aku!”

Dan ada juga yang berkata “Ah..taknak lah aku masuk, insurans ni semua penipu, haram lak tu..bayar dah lah mahal tiap-tiap bulan tapi by the end of the day tak dapat apa-apa pun!”

Sekiranya anda faham dan maksud sebenar objektif insurans ini , anda tidak mudah untuk melemparkan tuduhan-tuduhan palsu sebegitu.

Bagi kesimpulan yang pertama, sebenarnya insurans atau takaful tidak menipu, sebagai orang yang berfikiran matang anda perlu mengetahui secara jelas mengenai semua terma dan syarat-syarat yang tercatat di dalam polisi anda. Sepatutnya, sebelum anda menandatangani borang permohonan polisi tersebut, anda perlu bertanya kepada agent anda mengenai polisi yang bakal anda ambil bagi mengelakkan salah faham kelak. Soalan yang boleh anda tanyakan kepada agent anda ialah :

“Apakah yang di lindungi dalam polisi ini?”
“Apakah pula yang tidak dilindungi di dalam polisi ini?”
“Berapakah bayaran bulanan polisi ini?”
“Adakah cas-cas yang tersembunyi sekiranya saya membayar polisi ini?”
“Situasi apakah yang mungkin mendatangkan masalah sekiranya saya ingin membuat tuntutan kelak?”

Inilah antara soalan-soalan penting yang perlu ditanya kepada agent anda agar tidak berlaku keraguan di masa depan.

Kita sebagai orang yang berilmu perlu memikirkan semua jenis kebarangkalian yang bakal terjadi.

Kesimpulan yang kedua pula, salah satu dari objektif insurance ini adalah menjamin masa depan waris-waris yang ditinggalkan dari bebanan hutang ataupun masalah kewangan. Memang betul, pembeli polisi tidak akan dapat apa-apa setelah berlakunya kematian pada dirinya.

Tapi cuba anda fikirkan? Bagaimana pula dengan orang yang kita tinggalkan? Lebih menyedihkan lagi bagaimana pula nasib orang yang kita tinggalkan sekiranya kita mempunyai hutang-piutang yang agak banyak? Bagaimana nasib isteri dan anak2 kita untuk menyambung kehidupan mereka?

Cuba sematkan kembali persoalan-persoalan ini pada diri anda. Cuba anda fikir-fikirkan? Sekiranya anda mempunyai polisi hayat, sekurang-kurangnya pampasan yang bakal diterime oleh waris-waris anda akan meringankan lagi bebanan mereka? Sekurang-kurangnya dengan wang pampasan yang di bayar oleh pihak insurance kepada waris anda, dapat membantu diri mereka meneruskan hidup sementara waktu? Fikir-fikirkan lah…

Bagi kesimpulan yang terakhir, Insurans Haram!
Sekarang di negara kita telah ada beberapa syarikat yang menubuhkan beberapa jenis insurans takaful berteraskan Islam dimana terhindar dari konsep riba dan syubhah. Malah semua syarikat yang bertindak sebagai pengendali takaful ini adalah di bawah kawalan bank negara.

Mengapa orang ramai membeli insurans hayat?

Orang ramai membeli polisi insurans hayat kerana berbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi insurans hayat:

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya
“Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun.”
“Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu.”
“Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. “
“Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. “
“Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya.”

Seorang guru yang menjaga ibunya
“Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun. “
“Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya.”

Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya
“Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang.”
“Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. “
“Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. “
“Justeru itu, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama.”
“Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. “

Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya
“Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.”
“Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi insurans hayat. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah.”
“Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi insurans hayat untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya.”
Continue reading...

Michael Jackson Dibunuh Untuk Sekat Islam Berkembang!

Cerita ini ada kebenarannya…

Cuba kita imbas kembali peristiwa yang sama telah berlaku ke atas Puteri Diana yang bercinta dengan lelaki muslim. CIA yang menjadi tali barut Yahudi memang cukup licik dalam hal2 ini. Mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk memburuk dan menghentikan sebarang usaha dakwah, tambahan pula bintang seperti Puteri Diana dan MJ mempunyai jutaan peminat/pengikut diseluruh dunia. Sebab itulah, ada puak dan kumpulan yang dianggap pengganas oleh Amerika sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk memusnahkan rangkaian kepentingan Amerika/Yahudi. Betapa gobroknya mereka ini, mereka sentiasa menafikan kebenaran dan Al-Fatihah untuk Mikael.

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia…

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.. Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya…

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA . Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam.

MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”

Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia… Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan. Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. “Saya suka MJ…” Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya” . Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

Credit to :
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Tidak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya ALLAH yang tahu…
Continue reading...

10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga

Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.
Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Continue reading...

Kaya Atau Miskin?

“Pemikiran Kaya VS Miskin”

Apakah sebenarnya rahsia seseorang untuk menentukan dirinya seorang yang kaya atau miskin? Adakah kerana keturunan ataupun nasib seseorang itu. Salah seorang jutawan di Amerika Syarikat, T.Harv Eker (2005) mendedahkan rahsia pemikiran jutawan didalam salah sebuah bukunya yang bertajuk “Secrets of The Millionaire Mind”. Menurut beliau terdapat banyak faktor mempengaruhi pemikiran seseorang justeru kita boleh membuat kesimpulan iaitu :

“APA YANG KITA FIKIR MENENTUKAN SIAPA KITA DI MASA HADAPAN”

Fail Kekayaan 1
 Orang kaya percaya ”Saya percaya hidup ini dirancang oleh saya”
 Orang miskin percaya ”Kehidupan ini merancang segala-galanya untuk saya”

Fail Kekayaan 2
 Orang yang kaya bermain untuk menang
 Orang yang miskin bermain untuk tidak kalah (ketakutan)

Fail Kekayaan 3
 Orang kaya komitmen untuk menjadi kaya
 Orang miskin hanya ingin menjadi kaya

Fail Kekayaan 4
 Orang kaya memikirkan sesuatu yang besar
 Orang miskin memikirkan sesuatu yang kecil

Fail Kekayaan 5
 Orang kaya fokus kepada peluang
 Orang miskin fokus kepada kepayahan dan kesulitan

Oleh itu, sebelum seseorang itu berjaya, beliau meletakkan dahulu kepercayaan bahawa mereka akan berjaya. Untuk berjaya mesti memikirkan tentang kejayaan.

“You and yourself are the best teacher but you and yourself are the worse enemy”

“Kita sendiri yang membentuk diri kita pada masa hadapan dan bukannya orang lain”

Continue reading...

Petua Berjaya Yang Luar Biasa

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul. Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah. Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan. Pertandingan memanjat pokok pinang. 30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan. Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.

“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.
“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat. Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang. Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.

Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.
“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.
“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.
“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.
Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.
“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.
“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.

Cicak terus mencanak. Batang pinang dipanjat tak kira orang. Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli. Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.

Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua. Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN
Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]

Continue reading...

Wednesday, September 22, 2010

14 Perkara yang Anda Perlu Tahu

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga korang dengan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya!!!
Continue reading...

Sunday, September 19, 2010

Pukau Melalui Telefon!

ANDA PERLU TAHU - Pukau melalui Telefon

Mesej diterima dari email :

"Dear All,

Nak bgtau kat u all ini satu KISAH BENAR yang berlaku minggu lepas (12/9/10). Sekarang ni pukau tak perlu berdiri depan2 mangsa, hembus2 asap rokok atau tenung2 mata... cuma melalui telefon saje dh boleh kena pukau.

This is happen to my best friend, Fiza masa dia kt Shell, Sri Petaling kelmarin...somebody call dia nye hp kelmarin then ask her name kononnya pemanggil tu dr Hotlink Centre dan inform bahawasanya no. hp si Fiza terpilih utk memenangi peraduan Hotlink, dn yg peliknye no. org tu bkn dr Malaysia (no. luar negara..Indonesia), pastu my friend ni pun dgn tanpa rasa sangsi dan ragu bgtau la nama dia..lps dia ckp je name dia suddenly dia rasa cam bengong sekejap dan seolah2 jd bodoh dan tak sedar ape yg berlaku, jd seperti pak turut yg menurut ape kehendak org tu..u know what?

Lepas ntah ape yg dikelentongnya ntah pastu mangkuk ayon ni pun suruh fiza pegi ke ATM Machine dan bgtau ape yg patut fiza ni buat...so dengan keadaannye yg tgh khayal tu dia pun pegi la ke ATM Machine Maybank yg ada kt kt dlm petrol station tu dan ikut la step2 yg org tu ajar dn dgn tak semena2 duit dlm account (about RM2,600) si Fiza ni pun 'ter transfer' la ke account mangkok ayon ni dgn tanpa s edarnya (bila aku tnye mcm mane dia transfer duit tu dr account dlm M'sia ke luar negara tu, dia ckp dia langsung tak ingat ape2 dn dia bukan la jenis yg reti sgt nk pakai ATM Machine lebih2 lg yg transfer ke luar negara punya)...bkn itu je siap disuruhnya si Fiza ni belikan top up hp Indonesia utk dia...jd fiza yg dh dipukau ni pun terus je pegi beli dan tlg top up kn masuk dlm no. mangkok ayon ni...masa tu my friend ni x tau ape yg dia rasa, sah kena PUKAU...

Semalam kt umah dia baru tersedar dan terus ke ATM Machine utk check balik duit dia...sah dia dh diPUKAU oleh org Indonesia tu sbb baki yg tggl dlm account dia cuma ade bape sen je...terus dia menggigil lps tu dan menangis...Nk buat mcm mane lg, duit dh abis dlm account. Dia cuma harap lps ni sape2 yg dpt panggilan konon2 nya menang peraduan ke ape ke...lebih berhati2 kerana org skg ni lalu telefon je dh boleh kena pukau!!!! "

Moral
Berhati-hati kalau dapat panggilan telefon terutama kalau nombor yang kita tidak kenal... tak payah layan lebih-lebih apatah lagi kalau dengar slange indon pulak tu!


Continue reading...

Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka

Siapakah anda?

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian. Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki. Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?

Jumpa lagi!
Continue reading...

Saturday, September 18, 2010

Pesan Nabi

Pesanan ini adalah untuk diri sendiri dan yang sewaktu dengannya...

5 Peringatan Rasulullah :

UMAT Islam perlu sentiasa mengingati pesanan Nabi Muhammad s.a.w agar berwaspada dengan tipu daya nikmat dunia. Atas sebab itu, lima pesanan Rasulullah perlu diingati demi menjaga diri, keluarga dan masyarakat agar tidak tergelincir daripada landasan Islam yang diredai Allah s.w.t.Rasulullah pernah berpesan kepada umatnya berhubung perkara berikut:

1. Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan. Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat nikmat yang Allah limpahkan. Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

2. Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat.Oleh itu, perbanyakkan menyebut perkara akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal dijadikan bekalan. Dengan itu akan menyebabkan seseorang berakhlak mulia menurut tuntutan agama sekali gus bersikap optimis terhadap nikmat dunia untuk mengejar nikmat akhirat.Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat. Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.”

3. Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana ia menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan sangat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan ketika hidup di dunia. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tidak mengusahakan kebun dunia masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat.Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga, Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dosa?

4. Jangan selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut selalu macam ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’.Kita terlupa dengan menyebut dan mengingati kebaikan sendiri ia menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat, jika menimbulkan riak atau bangga diri, Allah memberi amaran tidak akan mencium bau syurga. Riak adalah satu unsur daripada syirik (khafi).Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingati kebaikan diri kepada orang lain. Kita perlu sedar perbuatan baik yang ada pada diri kita sebenarnya daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur kerana Allah menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa Allah yang mengurniakan kebaikan.Berkenaan riak, Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil iaitu riak.” Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal kerana orang.

5. Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”

Demikianlah lima pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu.Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah berpegang kukuh dan beringat teguh pada apa yang dipesan Nabi itu.

wallahu'alam



Continue reading...

Kisah Benar

Kisah Benar yang diceritakan oleh seorang Sahabat :
Apa yang diceritakan oleh seorang sahabat ( kisah benar yang diterima melalui email )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Cherating, Kemaman, Terengganu. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma :

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya . Beliau agak kebinggungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad. Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah .

Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka. Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya!" Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu?

Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Untuk pedoman :

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat :

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Peringatan untuk saya dan semua :

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Insyallah kita mampu dan masih punya ruang waktu!

Continue reading...

Friday, September 17, 2010

Cara Buat Text Terbalik

Cara buat text terbalik di facebook, email, ym atau mana-mana sahaja!

Satu ketika saya menerima email yang dihantar oleh seorang kawan dengan text (tulisannya) yang terbalik seperti di bawah :

¿ƃuɐɹɐʞǝs ƃuɐɹo ɐdɐɹǝq ʞɐuɐ ˙˙˙¿ɐʇıɹǝɔ ɹɐƃuǝp ʞɐʇ ɐɯɐן 'ɐɹɐpnɐs ɹɐqɐɥʞ ɐdɐ ˙˙ɯɐןɐs

Setelah berfikir sejenak memang textnya terbalik!.. Pening jugak saya sekejap!
Bolehkah anda semua baca text di atas? hahahahaha... kalau tak boleh sila pusing kepala anda 180 darjah! Tapi jangan sampai terpusing urat tengkuk! Nanti jadi kes naya!

Akhirnya setelah mencari info ke sana sini, terjawab jugak akhirnya. Dapat pulak saya satu ilmu baru yang saya hendak kongsikan!... semak elok-elok ya...




Langkah pertama, niatkan untuk perkara-perkara yang positif

Langkah kedua, klik disini

Langkah ketiga, taip saja text yang anda mahu, kemudian copy text tersebut dan paste di mana-mana yang anda mahu!

Ya, itu saja... senang kan?

Semoga bermanfaat, Jumpa lagi!

Continue reading...

Wednesday, September 15, 2010

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik :-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaansetiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)
Continue reading...

Monday, September 13, 2010

Peringatan

BUAT PERINGATAN DIRI KU...

Terfikir, adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan?

Baru-baru ini juga, semasa tazkirah harian solat Maghrib, pada hari itu dibincangkan hadis ke-36 daripada hadis 40 himpunan Imam An-Nawawi ; berkenaan amal-amal kebajikan dan balasannya. Antara intipati hadis ialah :

1. Anjuran menghilangkan kesusahan orang mukmin,
2. Menutup aib sesama muslim,
3. Sentiasa menolong saudaranya,
4. Mencari ilmu dan pahala serta ganjaran Allah di sebaliknya; dan
5. Ketinggian nasab tidak dapat membantu menampung amal yang kurang.

Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin ; berkenaan hadis ini, dimuatkan sebuah syair :

"Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya. Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat, yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian, ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia? Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian..."

Terasa seperti ditusuk-tusuk hatiku saat membaca bait-bait syair itu. Astaghfirullah... Sememangnya, kita disuruh untuk menyembunyikan aib kita dan orang di sekeliling kita. Namun itu tak patut dijadikan sebagai alasan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan dosa di saat kita tahu tidak ada orang yang memerhatikan. Lupakah kita bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang kita kerjakan? Kita bersembunyilah di mana pun, segala amal dan perbuatan kita dilihat dan dicatat oleh malaikat dan akan disoal tentangnya di akhirat kelak.

1- Imam an-Nawawi berkata, hadith itu (amalan-amalan kebajikan dan balasannya) mempunyai beberapa syarat, dan syarat yang pertama adalah mengamalkan apa yang diketahuinya (lantas dikongsikan syair itu). Hmm... sudah lepaskah syarat pertama?

2- Syarat kedua, menyebarkan apa yang telah diketahuinya. "Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar." (Surah at-Taubah: Ayat 22)

3- Syarat ketiga, niat menyebarkan itu bukan untuk menandingi dan berdebat. Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Barangsiapa mencari ilmu kerana empat perkara maka masuk neraka : Untuk menandingi para ulama, untuk berbantah-bantahan dengan kaum yang bodoh, untuk mendapatkan harta, atau memalingkan wajah manusia kepadanya." (Hadis Riwayat Imam At-Tirmidzi dan Hakim, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami')

4- Syarat keempat, mencari pahala dalam menyebarkannya dan tidak bakhil. "Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya." (Surah al-An'aam: Ayat 90)

5- Syarat kelima, tidak gusar untuk mengatakan "aku tidak tahu." Sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika ditanya malaikat Jibril tentang hari kiamat, menjawab "Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya." (Hadis kedua dalam hadith 40; Iman, Islam dan Ihsan.)

6- Syarat keenam, 1tawaduk. "Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati." (Surah al-Furqan: Ayat 63)

7- Syarat ketujuh, tabah terhadap gangguan dalam menyampaikan nasihat dan meneladani salafus soleh. "Tiada seorang nabi pun yang mendapatkan gangguan sebagaimana gangguan yang aku terima." (Hadis hasan, dimuatkan dalam Shahih Al-Jami') Segala gangguan atau ujian yang menimpa kita, ingatlah Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling kuat ujiannya. Jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w., sangat kecil segala ujian atau musibah yang menimpa kita.

8- Syarat kelapan, memberikan ilmunya kepada orang yang lebih memerlukan, sebagai pengajaran, untuk mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. dan memberikan ketenteraman kepada kita. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." ( Surah ar-Ra'd: Ayat 28)

Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan "aku lebih tahu" tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing. Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya! Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.
Continue reading...

Tanda-Tanda Hati Mati

Tanda-tanda hati mati,

Menurut "Syeikh Ibrahim Adham", antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nik...mat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Lagi menurut 'Sheikh Ibni Athoillah Iskandari' dalam kalam hikmahnya yang berikutnya ;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Insyallah!
Continue reading...

Wednesday, September 8, 2010

15 Tips Motivasi Pagi

15 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Bersemangat!

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. (Jika Ada) Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

3. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

4. Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

5. Bila anda mula keluar rumah nak pergi kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

6. Masuk melangkah keluar dari rumah, pasang niat anda mahu keluar mencari rezeki. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

7. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

8. Set target berapa jualan/persembahan yang anda nak capai hari ini. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

9. Lihat Warna Cerah – Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

10. Sentiasa senyum!!! – Merangsang minda, memberikan anda keseronokan!

11. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

12. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan – Sentiasa maafkan orang lain. Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

13. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya – Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

14. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

15. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri & berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


Continue reading...

Kesan Positif Berhenti Merokok

Kesan Positif Ke Atas Badan Anda Selepas Berhenti Merokok
Selepas :

20 MINIT Tekanan darah dan jantung akan kembali normal

12 JAM Tahap karbon monoksida dalam badan kembali normal

24 JAM Kemungkinan mendapat serangan jantung berkurangan

48 JAM Deria rasa dan bau meningkat semula

72 JAM Kapasiti paru-paru meningkat, mnejadikan pernafasan lebih mudah

2 MINGGU HINGGA 3 BULAN Peredaran darah dan jantung meningkat

1 BULAN HINGGA 9 BULAN Sillium (struktur seakan rerambut yang berfungsi menyingkir bahan asing di laluan paru-paru) kembali normal dan meningkatkan keupayaan mengawal lendiran, membersihkan paru-paru dan mengurangkan risiko jangkitan

SELEPAS 1 TAHUN Separuh daripada risiko serangan jantung dikurangkan Selain merasa lebih bertenaga, anda juga mengurangkan risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar dan kanser. Untuk mengekalkan status tidak merokok, tumpukan perhatian kepada faedah berhenti merokok, berilah ganjaran untuk diri sendiri dan mula bersenam secara tetap.

Continue reading...

Akhirnya Sudah Ada Blog :)

Salam.. akhirnya mrahmad sudah ada weblog sendiri. Sebelum ni selalu duk baca blog org jer..!

Yang penting mrahmad boleh terus meluahkan “minat” mrahmad yang mendalam terhadap IT ni.. mrahmad hanyalah seorang yang sedang belajar "berblogging" dan ingin berkongsi pelajaran dengan siapapun, terutama yang baru nak berblog sama macam mrahmad! Blog ini dibuat untuk memudahkan anda semua yang sedang belajar sama seperti saya (yang dah pro tu, sila ajarkan ya.. insyallah!)

Nantikan sesuatu mengenai IT di post-post akan datang.. Jumpa lagi!
Continue reading...

Ekonomi Orang Islam Mesti Kuat

Mengapa Orang Islam Mesti Kuat Dari Segi Ekonomi

Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi. Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas. Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini penindasan itu masih berleluasa.Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya.

Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa umat Islam. Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan. Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri. Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam.

Jika kita lihat ketika ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran dengan negara Islam lain. Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam. Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat.

Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka? Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.”
(Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia. Yang nyatanya, umat Islam amat lemah dari segi ekonomi. Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan. Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam. Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam.

Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya. Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam. Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud :

“Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.”
(Surah al-Munafiqun)

Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara disebutkan sebelum ini. Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari nanti. Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan sebaiknya ke jalan diredai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina. Jumlah penduduk Islam diseluruh dunia ialah 1.4 billion, tetapi orang Yahudi hanya 14 juta diseluruh dunia. Tetapi mengapa mereka mampu untuk menindas kita. Jawapannya. Ekonomi kita amat lemah berbanding mereka.

Mengapa ekonomi kita lemah? Contohnya tidak perlu kita lihat jauh,cukuplah dengan sifat kebanyakan orang melayu di Malaysia. Mereka semua malas untuk berusaha berbanding dengan bangsa lain. Mereka lebih suka menyalahkan takdir dengan mengatakan “sudah takdir”,”sudah rezeki aku setakat ini” dan lain lain. Ini semua tidak ubah seperti menyalahkan takdir. Ini sejajar dengan penegasan Rasulullah s.a.w. mengenai tanggungjawab setiap umat Islam terhadap saudaranya: Orang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya, membiarkannya merana mahupun ditindas (Riwayat Muslim). Allah turut menegaskan di dalam al-Quran :

Sekiranya terdapat umat Islam yang menagih pertolongan lantaran ditindas atau dianiaya, maka menjadi kewajipan saudara seIslam menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk sama ada dengan jiwa raga mahupun harta benda  
(Al-Anfal:72)

Sumber : Jakim
Continue reading...

Followers

Sharing Is Caring | Copyright © 2010-2011 AsahMinda.Co.CC Weblog | Only Share The Best!